blogger-emoticon.blogspot.comMMUAHH ! welcome gorgeous ! do follow mine , i'll follow you back . esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita . Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang .thanx

Sahabat

Sungguh sukar untuk aku ungkapkan bertahun lamanya aku berpisah dengan sahabat aku , aku fikir aku sedang bermimpi . cuba tampar diri sendiri . Ah! ini bukan mimpi tapi ia kenyataan .

Jika kita bersahabat dengan seseorang itu kerana Lillahi ta'ala InsyaAllah persahabat kita akan kekal . Berpisah selama mana pon kita dengan sahabat kita  , dia masih mengingati kita . Itu bermakna dia menghargai akan persahabatan kita dengannya . 

Aku selalu berharap semoga Allah menemukan kita kembali , dimana sahaja kita berada . Aku di Mesir kau di Madinah , andai Allah sudah menyusun jalan pertemuan kita untuk bertemu kembali , InsyaAllah peraturan dan menyusunan jalan Allah cukuplah indah . 

Tell me kawan , tell me sahabat ..
Tiada apa yang lebih indah if kita dapat rasa kemanisan ukhuwah tersebut .
so the solution is ..
Carilah kedamaian hidup dengan ber-ukhuwah fillah dengan sesama manusia ,
Carilah kawan or sahabar yang betul betul boleh membawa kita kepada kecintaan Ilahi .

Moga ukhuwah yang terjalin dapat memberi manfaat buat kita diakhirat kelak . InsyaAllah .


Tenkiuu datang . follow kite kay :D

Cinta padaMU ya Ilahi




Orang  yang mencintai Ilahi , 
dirinya tak keluh kesah , 
apabila ditimpa ujian , 
kerana dia yakin dengan kasih Tuhan .

Orang yang cintanya kepada Ilahi melebihi segalanya ,
tidak melatah apabila orang tersayang dirampas ,
kerana walau dia kehilangan ,
Dia masih bermodalkan cinta Ilahi .

Orang yang benar benar menghayati cintanya pada Ilahi ,
sentiasa pasrah kepada-Nya ,
sabar menempuh ujian  ,
kerana dia tahu ujian itu adalah tarbiah daripada-Nya .
.
.
.
Orang yang benar benar mencinta Ilahi juga mengharapkan kebahagiaan di dunia tetapi jika tidak dapat di miliki dia harapkan keindahan ' di sana ' kerana dunia ini hanya barang pinjam , yang dipinjam untuk sementara di dunia ini .

Tenkiuu datang . follow kite kay :D

Pelangi Pagi


 " Selama lamanya kelembutan , takkan pernah tewas dengan kekerasan . "


 " Kadang kadang Allah sembunyikan matahari ,
dia datangkan petir dan kilat ,
kita tertanya tanya kemana hilangnya matahari ,
rupa rupanya Allah memberikan kita pelangi . "


Tenkiuu datang . follow kite kay :D

Sapa suka beli Online ?


Sapa suka beli barang online dekat IG or FB ? Okay ! hari ni sye nak share dengan korang fasal barang yang sye selalu order ' niqab yamen ' , cause all niqab dia jual murah sesangat ! you alls boleh ke IG dia or FB  ' Mizalatifhijab ' .




And ni barang yang sye order 


Tudung tu kain dia very soft , mudah dibentuk . Niqab yamen sye belum rasmikan lagi .. hehe sayang nak pakai sebab cantik sangat .


okay guys ! yang tu ja kowt sye nak share dengan korang . Rugi tak singgah tengok . Wasalam .


Tenkiuu datang . follow kite kay :D

Teacher


" Cikgu shahirah yang disayangi kerana Allah , Islam itu tinggi tiada yang lebih daripadanya . Indahnya hidup bersama Islam , membawa ketinggian dan kemuliaannya dengan penuh rasa bangga , biarpun di mana jua .
Bahagianya hidup bersama Islam , ajarannya agung ,mencukupi semuaaspek kehidupan .Manisnya hidup bersama Islam , umatnya bersaudara .Ukhuwah terasa indah apabila berkasih sayang kersana Allah . Bermaknanya hidup bersama Islam . Kerana Islamlah , terbit rasa cinta pada cikgu Shahirah , sebagai saudara kami selamanya , Islam mengajar  kita hidup bersaudara . Cikgu Shahirah mencuri ruang istimewa di hati kami biarpun kau sedetik bersama . Jiwamu penuh rindu pada kebenaran biarpun banyak halangan . Kau srikandi harapan .Mungkin kita akan bertemu lagi ?
Andai mungkin , kami menanti pertemuan itu dengan penuh kerinduan . Mungkinkah kami akan menemui cikgu Shahirah  yang lebih istemewa pada hari ini ? Lebih istimewa dengan ketinggian Islam yang dibawa , dihiasi pula busana muslimah . Tentu jelita sekali menurut pandangan-Nya . Andai tak mungkin berjumpa lagi , ingatlah ... pernah dipisahkan , kita akan bersama lagi di negeri abadi . Kita akan saling mencari , andai layak menjadi bidadari penyeri di Taman Firdausi ,di situ kita berjumpa lagi . Salam sayang kerana Allah .

Tenkiuu datang . follow kite kay :D

Hati


Sudah lama tak bukak blog , terasa macam dah berhabuk dah blog iteww . Hihihi .Noktah !
 Disini aku mahu luahkan apa yang terbuku dihatiku , kadang bila aku bukak blog aku tak tahu nak cerita pasal apa . So , now aku nak cerita tentang luahan hati aku .


Ya , kekadang kita mencari seseorang untuk kita luahkan perasaan kita . Hati manusia ni akan mencari sesiapa sahaja untuk dia luah , bagi aku Allah tempat aku mengadu segalanya . Jika hati aku mahu kongsikan masalah dengan sahabat aku , aku akan ceritakan . Buat lah apa pon , yang penting selesa bagi kita , kan? Jangan juga selalu bertindak bodoh . Masalah datang sikit , nak bunuh diri , nak lari dari rumah , nak pergi jauh dari masalah . Habis tu masalah tak selesai kan lagi  yang dok gatai pi lari kan diri buat apa? Ingat dengan cara tu hampa rasa  masalah hampa dah selesai . Please kita ada Allah , Tuhan kita . Dia sentiasa ada dengan kita ,walaupun kekadang kita lupa denganNya . Tolonglah kalau tak dak sapa nak sayang hampa , Allah ada , dia sayang Hamba dia .\
.
.
.
.
.
Ini Al - kisah aku .. 

Bukan aku tak mahu , Ingin sekali ...
Tapi , semua itu hanya sementara , hanya angan angan 

Semua orang memiliki keinginan masing masing ,
hala tuju yang lain , tak semua sama .
Aku? di tempat yang aku tak dapat menerima ,
Mahu saja jadikan ini sebagai mimpi ,
tak semua mimpi kenyataan ..
Sungguh! semua ini menyakitkan .

Sakitnya susah untuk diubati ,
Aku tak kuat untuk hadapi ini semua , aku tahu aku ada Tuhan .
Setitis air mata mengalir kerana memikirkannya ...
ingin saja tidur untuk selamanya ,
kerna aku tak mampu untuk hadapi seorang diri .

Hati ini merintih , meminta pertolongan dariNya .









Tenkiuu datang . follow kite kay :D

Mr . Istikharah

" Ini bukan 'cinta murah' , tetapi ini 'cinta Istikharah' . "


Dear blog .. lambang dalam perlambangan - kejernihan cinta suci . Perawan pertama yang berdiri di kaki lima sukma kasih sayang yang dialir oleh sungai cinta yang dibasuh oleh AZZAWAJALLA dan Rasul-Nya .

Tidak mungkin ditemui pengganti kerani kasih suci ini , bukan paras paksi rupa dan gentar ghairah tanpa arah , perawan sederhana tetapi berbeza pada nilai kaca mata batin lelaki yang kenal hakikat cinta sesama makhluk kelembutan , kesopanan , keayuan ..

Seorang muslimah sejati yang tahu adab, budi , harga diri ..renungan lengkung matanya yang redup dalam Istikharah sejati adalah kersani yang mencair dibakar bara api ..

* Antara ribuan bintang di langit ,
Hanya satu bintang di hati .

Tenkiuu datang . follow kite kay :D